Didakwa Jadi Punca Fattah Amin Dan Sherry Ibrahim Berpisah, Wanita Ini Tampil Beri Penjelasan!
Semalam dimaklumkan bahawa hubungan cinta yang terjalin diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sudah pun berakhir. Sekaligus mengundang ramai perhatian peminat. Keadaan kini kecoh apabila didakwa mereka berpisah angkara pihak ketiga.
Individu yang dimaksudkan adalah Hanis Arif, merupakan seorang usahawan perniagaan tudung.
Terkejut dengan tuduhan tersebut, beliau tampil memberi penjelasan sebenar berhubung perkara tersebut.
Menurut pengasas Tudung Ruffle berusia 26 tahun itu, dia mengenali pelakon Fattah Amin sejak tiga tahun lalu dan hanya berkawan biasa. Kali terakhir dia berjumpa Fattah pada minggu lalu atas urusan kerja dan tidak menolak tanggapan ramai yang tersalah anggap.
"Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.
"Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.
"Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial," ujarnya.ARTIKEL MENARIK:- Viral Isu Pokemon Go, Vaksin Imam Muda Ammar & Yuna Berpelukan, Ini TEGURAN PEDAS Da’i Wan Untuk Masyarakat Yang ‘Judgemental’
Bagaimanapun, Hanis berkata, dia tidak berhubung dengan Fattah selepas pertemuan mereka minggu lalu.
"Saya melihat kisah ini agak kelakar, mungkin saya wanita terakhir yang orang nampak bersama Fattah sebelum dia mengumumkan putus cinta itu.
"Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang," ujarnya.
Selain itu, Hanis akui dia menerima banyak mesej peribadi dari peminat yang menuduh dia cuba mengganggu hubungan pasangan tersebut namun dia tidak melayan mesej-mesej berkenaan.
"Saya dapat banyak mesej peribadi di Instagram sejak minggu lalu daripada peminat-peminat mereka berdua yang nampak saya dan Fattah bertemu.
"Ramai hantar mesej yang marah dan sangka saya cuba menganggu hubungan pasangan itu, walhal saya pun tidak tahu mereka bermasalah. Tapi saya malas nak layan sebab ia tidak betul," ujarnya.
No comments: