Header Ads

MENYERAMKAN! Kisah MISTERI Di Sebalik Lagu 'Sephia' Dari Sheila On 7 Akhirnya TERBONGKAR Pasti Buat Anda MEREMANG BULU ROMA

Sebut sahaja Sheila On 7, pastinya ramai yang mengenali. Mana tidaknya ia merupakan band PALING popular di Indonesiayang pernah meletop di Malaysia suatu ketika dahulu. Antara lagu yang digilai ramai seperti Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap, Seberapa Pantas dan Sephia. Haihh! Teringat pulak zaman muda muda dahulu, hihi !

Apa yang pasti, dalam banyak-banyak lagu, penulis yakin lagu Sephia adalah lagu yang paling top dalam kalangan korang bukan? Namun sejauh manakah anda mengetahui kisah sebenar yang terjadi sebelum lagu itu dicipta? Kisah misteri ini terjadi dari ahli kumpulan Sheila On 7 sendiri yang dikenali sebagai Eross.


Menerusi akaun Twitter yang bernama @helloluqman, walaupun lagu ni seperti menceritakan tentang seseorang yang telah pergi, namun ia sebenarnya menceritakan kisah sebenar seorang peminat setia Sheila On 7 (SO7) yang meninggal dunia ketika perjalanan ke konsert S07.



Kisah ini bermula apabila salah seorang daripada ahli kumpulan SO7, Eross telah mendapat panggilan telefon dari orang yang dia tak kenal di rumahnya. Orang yang menelefon Eross itu menggelarkan dirinya sebagai "Sephia". Tanpa berlengah lagi, Eross terus bertanyakan Sephia bagaimana dia mendapat nombor telefon dan dari mana dia membuat panggilan.


Kemudian, Sephia memberitahu bahawa dia mendapat nombor telefon Eross dari salah seorang peminat setia SO7. Sephia menelefon Eross melalui Public Phone yang terletak  betul-betul di hadapan rumah Eross. Jadi Eross mengambil keputusan untuk menjenguk di Public Phone yang terletak di hadapan rumahnya.

Apa yang mengejutkan Eross, tiada siapa di Public Phone tu dan dia perasan ganggan telefon itu tergantung seperti "seseorang' baru beredar dengan tergesa-gesa. Dengan perasaan bercampur pelik dan ingin tahu, Eross terus selidik perempuan yang bernama Sephia dan akhirnya dia jumpa alamat rumah yang didaftarkan atas nama Sephia.


Eross mengambil keputusan untuk pergi ke alamat tersebut. Setelah tiba di alamat itu, Eross disambut mesra oleh kedua pasangan yang merupakan ibu bapa Sephia. Tanpa berlengah, Eross terus bertanyakan tentang perempuan yang bernama Sephia. Eross juga menjelaskan tentang peristiwa yang dilaluinya kepada pasangan itu.

Setelah mendengarkan tentang peristiwa yang diceritakan Eross, pasangan itu menangis dan memberitahu Eross bahawa Sephia merupakan peminat setia S07. Dia meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pergi ke konsert mereka. Kemudian, ibu bapa Sephia mempelawa Eross masuk ke dalam bilik Sephia dan memperlihatnya bilik itu penuh dengan poster SO7.


Seterusnya, Ibu bapa Sephia mengajak Eross untuk menziarahi kubur Sephia. Disana, Eross mendoakan agar roh Sephia tenang di sana. Disebabkan dari peristiwa itu, Eross mengambil keputusan untuk mencipta sebuah lagu yang berjudul "Sephia" dan ingin ditujukan untuk peminat setia Sheila On 7 (SO7). Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Sephia tenang disana. Aamiin.

No comments:

Powered by Blogger.