Header Ads

PANAS! Fiza Elite Digelar 'Setan Bertudung Tapi Munafik' Oleh Seseorang

Sebut sahaja nama Fiza Elite, pastinya ramai yang mengenali dan tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika dahulu kisah penceraiannya mendapat perhatian ramai, kini namanya sekali lagi mencetuskan kontroversi panas susulan selepas Fiza Elite mengumumkan dia mempunyai kekasih baru. Malah Fiza juga didakwa menjadi punca rumah tangga kekasihnya itu berantakan.


Disebabkan perkara tersebut, beberapa wanita telah bertindak menyerang laman Instagram milik beliau. Fiza dihina teruk dengan pelbagai kata-kata kesat selain dituduh sebagai perampas suami orang dan 'setan bertudung'.

Fiza juga nampaknya ada memuat naik gambar senarai penghinaan yang ditujukan kepada dirinya.





Berbekalkan segala screenshot kecaman yang beliau terima, Fiza telah mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat laporan polis terhadap mereka.

Jika dilihat, wanita-wanita itu sebenarnya adalah bekas pramugari.


Hmmm, macam-macam kecaman yang diterima Fiza sejak beliau bercinta dengan kekasih juruterbangnya. Mungkinkah wanita-wanita yang menghina beliau kenal dengan bekas isteri kekasihnya? Kami pun tidak mahu komen lebih sebab tidak tahu cerita yang sebenar. Harapnya segala tuduhan mereka itu tidak betul.

No comments:

Powered by Blogger.