Header Ads

Emma Maembong Tampil Buka Mulut Isu Hubungan Dengan Kamal Adli Retak Angkara Pihak Ketiga

Sebelum ini kecoh apabila hubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli dikatakan berantakan gara-gara pihak ketiga. Jika sebelum ini Kamal Adli tampil bersuara, kini giliran Emma Maembong pula tampil beri penjelasan. 


Menurut Emma Maembong, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan orang ketiga mengenai isu cintanya bersama Kamal Adli. Beliau dalam masa yang sama berharap agar tiada pihak terasa dengan apa yang sedang terjadi ketika ini. 
“Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini. Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal.”
ARTIKEL MENARIK:- VIDEO Anak Gelek Luc4h Jadi Viral Dan Dihentam Netizen, Ini Respon Slumber Normah DamanhuriHanya Bergelar Isteri Selama 50 Hari, Wanita Ini DICERAIKAN Selepas Gugur Anak Kembar Kerana...


Tambah Emma Maembong lagi, sebarang keputusan mengenai hala tujunya hubungannya hanya akan dibincangkan bersama Kamal. Sementara itu Kamal sebelum ini menyuarakan keinginannya itu memperisterikan Emma Maembong dan dalam masa yang sama menafikan bahawa Fathia Latiff menjadi punca keretakan hubungannya itu menerusi Hubungan Cinta Dengan Emma Maembong Didakwa Berantakan Gara-Gara Orang Ketika, Ini PENJELASAN SEBENAR Kamal Adli!

No comments:

Powered by Blogger.