Header Ads

Pihak Keluarga Tampil Kongsi Perkembangan Terkini Nadiya Nisaa Susulan Kehilangan Cahaya Mata Kedua Bikin SEBAK!

Beberapa hari lalu industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sedih mengenai TAKZIAH! Anak Kedua Dalam Kandungan Nadiya Nisaa Meninggal Dunia.

Prihatin dengan perhatian ramai yang turut berdukacita menerima perkhabaran tersebut, pihak keluarga Nadiya tampil berkongsi tentang perkembangan terbaru beliau yang kini berada dalam keadaan yang sihat dan sedang berehat namun masih bersedih dengan kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.


“Bagi pihak Nadiya Nisaa sekeluarga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua untuk segala doa dan ucapan takziah yang diberikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa berita ini amat menyedihkan, tetapi ia di luar kawalan sesiapa pun dan merupakan ketentuan Allah SWT. Mujur, Nadiya berada dalam keadaan yang sihat dan kini sedang berehat”

Dalam pada itu, pihak keluarga Nadiya juga memohon agar semua pihak menghormati privasi beliau dan memahami situasi yang dialaminya kini.
“Oleh itu, kami mohon agar semua pihak memahami situasi Nadiya dan menghormati privasi beliau sekeluarga buat masa sekarang kerana sebarang berita yg diterbitkan berkenaan apa yang telah berlaku pasti akan mengguris hati beliau. Beliau meminta jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Nadiya dilaporkan telah kehilangan cahaya mata kedua yang masih dikandungnya. Anaknya itu disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre. Menurut suaminya, Saiful Razman Kasim, jenazah anaknya itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak. 

No comments:

Powered by Blogger.