Header Ads

Gambar Gelagat Guru Naik Troli Jadi Viral, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

SHAH ALAM - Tugas sebagai guru adalah sangat mulia dan berjasa kerana mereka bertanggungjawab mendidik generasi muda untuk berjaya pada masa hadapan.

Namun begitu, hakikatnya, kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar memandangkan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar malah turut terikat dengan beberapa komitmen lain di sekolah.

Disebabkan itu, ada kalanya guru juga turut merasai tekanan disebabkan oleh pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam usaha untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid.

Bagi mengatasi cabaran yang dihadapi, para guru turut mempunyai cara tersendiri bagi melepaskan tekanan mereka sama seperti manusia lain.



Terbaru, gambar gelagat seorang guru yang sedang menaiki troli di hadapan kelas sebuah sekolah mula tersebar dan menjadi viral di beberapa laman sosial serta blog tempatan.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook milik Cikgu Asmadi Samad, guru tersebut dilihat mempunyai cara tersendiri bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya selepas sesi persekolahan.

Selain daripada itu, tindakan guru tersebut turut mendapat komen yang positif daripada para netizen.

Seorang pengguna akaun bernama Azizah Speak berkata, “Biarlah cikgu main seorang, kalau ada anak murid malulah dia. Lepaskan gian main troli,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna akaun bernama Pilus Piluz berkata, “Hanya seorang guru faham beratnya tugas sebagai guru pada zaman ini,” tulisnya.

No comments:

Powered by Blogger.