Fadzil Zahari Disakat Peminat Gara-Gara Gambar Yang Dimuat Naik Yana Samsudin
Peminat pelakon Yana Samsudin mengusik suaminya Fadzil Zahari selepas aktres itu memuat naik gambar di akaun Instagramnya.
Yana memuatnaik gambar suaminya bermulut muncung dengan mata kuyu, sedang mengusap kepala bayi sulung mereka.
Lebih menarik lagi, gambar itu menampakkan Fadzil seperti tidak sedar momen tersebut dirakam isterinya.
Sebaik sahaja gambar itu dimuatnaik, peminat mula menyakat Fadzil dan melabelkan wajahnya sebagai 'penangan sindrom anak pertama' dan tidak cukup tidur merupakan perkara wajib dialami oleh semua pasangan baru menimang cahaya mata.
Setakat ini gambar tersebut telah menerima lebih 23,000 ‘likes’ dan ruangan komen juga masih dihujani ucapan tahniah daripada peminat mereka.
ARTIKEL MENARIK:- Hubungan Cinta Dengan Emma Maembong Didakwa Berantakan Gara-Gara Orang Ketika, Ini PENJELASAN SEBENAR Kamal Adli!
Terdahulu, Fadzil telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya itu melalui akaun Instagramnya pada 21 Julai lalu bersama kapsyen:
“Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya @YanaSamsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016 terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang 😘☺️ moga cepat sembuh.... terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat2, kawan2 dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan... Alhamdulillah... Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua.” tulisnya.
No comments: