Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa Sampaikan 'PESANAN TERAKHIR' Sebelum Meninggal Dunia
SIK -" Tiga hari sebelum meninggal dunia, tuan guru pesan kepada masyarakat agar sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH," demikian kata salah seorang anak Allahyarham Tuan Guru Salleh Musa.
Anak sulung,Zubir Salleh,52,berkata,Allahyarham turut berpesan kepada masyarakat agar tidak lupa membuat kebajikan kepada dirinya.
"Selain pesanan jaga hubungan dengan ALLAH, tuan guru pesan untuk buat kebajikan kepadanya sama ada sedekah bacaan Al-Quran atau amal kebajikan lain,"katanya.
Katanya,tokoh ulama cukup disegani itu mula tidak sedarkan diri pada tengah hari Jumaat sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.15 malam Jumaat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
ARTIKEL MENARIK:- Lelaki Ini NEKAD Buka Bata Setelah Dengar Bunyi Aneh Dalam Tanah, Apa Yang Ditemuinya Sangat MENGEJUTKAN!!!
Sementara itu,orang ramai diberi peluang menziarahi Allahyarham di rumahnya, di Madrasah Ar-Rahmaniah sehingga jam 10 pagi semalam.
Sementara itu, sejak Jumaat dan pagi semalam puluhan ribu orang telah datang menziarahi Allahyarham di Madrasah Ar-Rahmaniah dan jenazah Tuan Guru selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Sumber Sinar Harian
No comments: