Header Ads

Isteri Perangai Pelik Lepas Balik Dari UK... Rupanya Ini SEBAB Dia Berubah Buat Aku TAKUT!!!

Kini selepas hampir 2 tahun di Malaysia saya mula menghadapi masalah rumahtangga yang agak serius. Isteri saya mula menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama. Saya akui masalah ini berpunca dari saya mengabaikan isteri ketika memerlukan perhatian akan tetapi saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Saya sibuk mencari nafkah bukan melepak dengan kawan-kawan.

Saya seorang bisnesman yang baru mula merangkak memang kekangan masa agak memerlukan saya ditempat kerja. Niat saya adalah untuk mencari kesenangan untuk isteri dan anak-anak. Sebab kalau boleh biarlah pendapatan yang saya miliki seperti pendapatan saya di UK.

Masalah yang berlaku saya kongsikan bersama adik-beradik mertua dan mak mertua. Mereka memberi cadangan supaya membuat perubatan islam darul syifa. Yang memeranjatkan memang isteri terkena sihir pemisah rumahtangga dari ex-isteri saya. Saya cuba bawa isteri untuk berubat akan tetapi isteri mengatakan sayalah yang menyihir isteri saya sendiri.


Kini keadaan semakin buruk dimana isteri telah menfailkan surat fasak pada makamah. Pada permulaan isteri meminta cerai sebab saya melebihkan adik-beradik, sekarang isteri meminta cerai sebab memburukkannya pada family mertua.


Persoalannya adakah bila saya menceritakan hal yang memerlukan nasihat dari mak mertua dan adik-beradik mertua saya dianggap seorang yang suka memburukkan isteri?

Selain perubatan islam bagaimana cara memujuk isteri yang hatinya keras untuk kembali kepada saya? saya tahu isteri saya tak bersalah. Isteri memerlukan seorang khalifah yang boleh membimbing. Isteri dijadikan dari tulang yang bengkok mudah terpengaruh dengan suasana dan tekanan.

Saya buntu sekarang. saya amat menyintai isteri saya, saya tiada niat sebesar zarah pun memburukkan isteri saya, mungkin cara saya salah. Saya tidak mahu berpisah dengan isteri saya tidak boleh hidup tanpa isteri di sisi.

No comments:

Powered by Blogger.