Header Ads

Gara-Gara Pokemon Go, 2 Remaja Ditahan Selepas Tidak Sedar Menyeberangi Negara Orang

Kanada, 24 Julai - Dua remaja Kanada ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas merentasi negara itu secara haram ketika bermain Pokemon Go, kata pihak berkuasa AS.

Kedua-dua mereka ditahan ketika sedang bermain permainan itu di satu kawasan terpencil di Montana.



Kedua-dua remaja berkenaan, yang namanya tidak disebut, telah berjalan menuju ke selatan dari Alberta ke Montana untuk menangkap karakter kartun di dalam permainan video itu sebelum mereka ditemui oleh ejen patrol sempadan AS pada Khamis.
"Kedua-dua mereka bermain Pokemon Go sehingga tidak tahu dimana mereka berada", kata jurucakap agensi tersebut, Michael Rappold.

Ejen di agensi tersebut berkata mereka melihat kedua-dua remaja itu secara tidak sedar telah menyeberangi sempadan.

Kedua-dua remaja itu telah dikembalikan kepada keluarga mereka.

No comments:

Powered by Blogger.