Header Ads

Penduduk GEMPAR Apabila Mayat Lelaki Bangun Buat Kali Kedua Selepas Mati Dipatuk Ular

RAISEN - INDIA. Seorang lelaki mengejutkan orang ramai yang menghadiri upacara pengembumianya selepas bangun semula dari tempat pembakaran mayat selepas disahkan meninggal dunia akibat dipatuk ular.

Memetik laporan Mirror.uk, lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Sandeep dipatuk ular ketika mencari kayu di hutan.

Keluarganya yang tinggal di daerah Raisen, Madya Pradesh tidak membawanya ke hospital sebaliknya hanya mendapatkan rawatan daripada dukun tradisional di kampung berhampiran.

Bagaimanapun rawatan tersebut tidak terbukti berkesan dan dukun berkenaan mengesahkan Sandeep telah meninggal dunia.


Penduduk kampung yang pada mulanya kebingungan kerana beranggapan mayat mangsa yang dipatuk ular perlu dikebumikan dan bukan dibakar kemudian membawa mayat Sandeep ke tanah perkuburan untuk proses pembakaran.


Semasa memulakan proses pembakaran, orang ramai terkejut selepas mayat berkenaan menjerit dan bangun.

Selepas penduduk kampung mendapati dia masih hidup, Sanjeep dibawa semula ke dukun tradisonal berkenaan namun sekali lagi gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia buat kali kedua.

Mayat Sanjeep akhirnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Di India, masih ada penduduk yang lebih percaya dengan kepercayaan karut dan dukun berbanding mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.