Polis BONGKAR Kejadian Sebenar Insiden Tembakan Di Munich Mengakibatkan Sembilan Maut
Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala 10 lagi cedera parah dalam satu insiden tembakan yang dipercayai dilakukan kumpulan pengganas di pusat beli belah Olympia-Einkaufszentrum di Munich, Jerman.
Polis Munich menerusi laman Twitternya berkata mereka sudah menjumpai seseorang yang ada kaitan dengan serangan tersebut.
Namun suspek yang dipercayai melakukan serangan itu seorang diri bertindak membunuh diri selepas insiden itu.
Terdahulu polis berkata saksi memberitahu terdapat tiga lelaki bersenjata berada di jalan berdekatan sebelum memasuki pusat beli belah tersebut.
Darurat diisytiharkan di bandar raya itu ketika polis memburu penjenayah berkenaan dan pasukan khas dihantar ke situ.
ARTIKEL MENARIK:- (GAMBAR) Abang Long Fadhil Terlibat Dalam Kemalangan... Astaghfirullahalazim Teruknya!!!
Polis turut menjumpai mayat mangsa kesembilan yang dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
Mereka sedang meneliti sama ada ia adalah salah seorang suspek pengganas yang melepaskan tembakan tersebut.
Insiden tembakan itu berlaku kira-kira pukul 6 petang dekat restoran makanan segera, McDonald yang terletak di dalam pusat beli belah tersebut.
Ketika babak cemas insiden itu, pengunjung yang berada di pusat beli belah Olympia bertempiaran lagi menyelamatkan diri dan sebahagian lagi menyembunyikan diri.
"Banyak das tembakan dilepaskan, saya tidak pasti berapa tapi banyak," kata seorang pekerja yang bersembunyi dalam bilik stor di pusat beli belah itu.Sumber Mstar Online
No comments: