Isteri Along Raja Lawak BUKA MULUT Soal Keretakan Rumah Tangga
Sudah agak lama tidak mendengar pengkhabaran pasangan ini, namun tiba-tiba dimaklumkan bahawa perkahwinan diantara Zila Seeron dan suami, Along Raja Lawak sedang bergolak. Malah Zila juga dikatakan telah dihalau keluar dari rumah oleh suami dan mula tinggal berasingan sejak empat bulan lalu, kini pula beliau berdepan dengan saman nusyuz.
“Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu. Ketika itu, saya keluar bersama anak kami, Ahmad Danial. Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak kami untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak lagi”
“Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial hanya sebulan dua kali. Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti,” katanya.
Selain itu, Zila turut berkongsi pergolakan rumah tangga beliau bersama suami, apabila masalah mula timbul daripada sikap Along yang sering mencari salahnya tanpa memberikan alasan yang kukuh. Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lima tahun.
No comments: