Anggota Polis Berpangkat Koperal Maut Selepas Bergelut Dengan Isteri
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas berlaku pergelutan bersama isterinya sebelum mangsa tertembak dalam rumahnya di sebuah blok apartment Cyber City di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dari Johor dikatakan cedera di bahagian dada manakala isterinya berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
ARTIKEL MENARIK:- Akhirnya Terbongkar! Inilah IDENTITI Dan WAJAH SEBENAR Shizuka Dan Nobita Watak Kartun Doraemon Di Dalam Dunia Sebenar
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehuddin Abdul Rahman, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mendengar satu bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.
"Mangsa ditemui mati terbaring di ruang dengan kesan tembakan di dada.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, manakala isterinya ditahan untuk diambil keterangan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber Astro Awani
No comments: