Header Ads

Ditangkap Polis Kes Sindiket Pelaburan, Adlin Aman Ramli Beri PENJELASAN SEBENAR!

Minggu lepas telah viral di laman sosial isu pengarah, pelawak, pelakon yang ditangkap kerana kes penipuan pelaburan. Individu yang dimaksudkan adalah pelakon Adlin Aman Ramli. Beberapa laman media ada menyatakan kes beliau yang turut dikaitkan dengan penahanan seorang Datuk di Kelantan yang merupakan pengasas skim pelaburan tersebut.

Baru-baru ini, Adlin membuat sesi media bagi menjelaskan isu yang hangat dikaitkan dengan beliau sehingga mencemar reputasi dan mengganggu ketenteraman ahli keluarganya. Jom baca!


Ditangkap kerana dikatakan terlibat kes penipuan pelaburan, pelakon dan pelawak Adlin Aman Ramlie menafikan mempunyai kaitan dengan pelaburan skim cepat kaya sebuah syarikat seperti disiarkan media. Adlin menjelaskan pernah membuat penampilan khas untuk syarikat itu namun tidak menyangka namanya turut disalah guna pihak tertentu untuk mempromosikan skim syarikat berkenaan.
“Memang saya mengenali beberapa individu yang dikatakan terbabit dalam penipuan hartanah berkenaan. Cuma kecewa nama saya disalah guna sehingga ditahan polis bagi membantu siasatan kes ini dan berasa dijadikan kambing hitam,” katanya di sidang media petang semalam.
ARTIKEL MENARIK:- Lelaki Ini NEKAD Membuka Susunan Bata Setelah Mendengar Bunyi ANEH Dalam Tanah, Apa Yang Ditemuinya Sangat MENGEJUTKAN!!!


Adlin bagaimanapun menafikan dia ditahan reman empat hari sebaliknya menjelaskan hanya dibawa ke balai polis pada 20 Julai lalu, untuk membantu siasatan berkaitan kes penipuan itu.
“Pada jam 2.30 petang Rabu lalu, polis datang ke rumah meminta saya hadir ke Bukit Aman dan saya kemudian dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Selepas berpuas dengan keterangan diberikan, saya dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Menurut pelakon itu, dia akan lebih berhati-hati memilih undangan selepas ini agar kejadian sama tidak berulang .
“Tujuan saya membuat sidang media ini bagi menjelaskan beberapa dakwaan tidak betul yang mengaitkan saya dengan penipuan ini seperti tersebar di media sosial. Pada masa sama, saya akan terus membantu polis dalam siasatan sindiket penipuan besar ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, seorang pelakon dan pelawak ditahan di Cyberjaya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut berkaitan kes penipuan hartanah berjumlah hampir RM500,000.

Sekarang ni memang banyak sindiket penipuan, lagi-lagi yang melibatkan artis dan pelakon. Apapun, empunya badan dah buat pengakuan dan menafikan semua spekulasi yang dilontarkan padanya. Semoga beliau lebih berhati-hati lagi selepas ini.

No comments:

Powered by Blogger.