PANAS! Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Seludup Warga Asing?
"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian," kata Adi Putra atau nama sebenarnya Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 35, ketika dihubungi media melalui Whatsapp.
Ia berikutan laporan Beita Harian yang melaporkan bahawa isteri keduanya, Nor Shahida Zolkifly, antara penjawat awam yang ditahan untuk siasatan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber berkata, Nor Shahida ditahan di pejabatnya di Putrajaya pada Selasa lalu dalam operasi khas polis jam 4.30 petang.
Wanita itu sebelum ini pernah bertugas sebagai Penyelia Gred 27 di Kaunter Imigresen KLIA sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya, susulan kenaikan gred kepada 32.
ARTIKEL MENARIK:- (VIDEO) Gelagat Dan Reaksi Di Luar Jangkaan Mat Salleh Bila Tengok Gambar Selebriti Lelaki Malaysia
Selain wanita terbabit, dua kakitangan Imigresen yang pernah bertugas bersamanya di KLIA, turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama.
Untuk info, Adi bernikah dengan Nor Shahida, 33, pada 20 Jun lalu hingga menimbulkan kontroversi keluarga.
"Mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Tambah Noor Rashid, polis tidak menolak kemungkinan ada pegawai kanan Imigresen yang terbabit dalam kes itu. Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terbabit. Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
No comments: