Header Ads

Walaupun Beza 6 Tahun, Tapi Dia Lebih Matang Dari Saya - Anis Al-Idrus

Penyanyi dan pelakon Anis Al-Idrus, 28, mengakui tidak menganggap perbezaan jarak umur enam tahun di antara teman lelakinya, Raja Afiq sebagai penghalang kepada hubungan mereka.



Menurut Anis, dia selesa bersama Afiq kerana pelakon utama drama Sayangku Kapten Mukhriz itu merupakan seorang lelaki yang sangat matang dan mempunyai budi bahasa yang tinggi.
“Walaupun saya berusia enam tahun lebih tua darinya, jujur saya katakan dia sebenarnya lebih matang daripada saya.
“Apabila bersama dengan Afiq, saya tidak rasa yang kami mempunyai jarak umur yang jauh kerana dia seorang yang matang dan dia sangat berbudi bahasa,” katanya.
Anis dan Afiq sedang menjalinkan hubungan cinta sejak sebulan yang lalu dan mereka berkenalan ketika menjayakan beberapa majlis anjuran TV3 pada Ramadan lalu.

No comments:

Powered by Blogger.