Lagi JAWAPAN BALAS Mengejutkan Datuk Red Susulan Video 'DATING' Dengan Ruhainies Jadi Viral
“Jangan menipu isteri”, itu pesanan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red kepada mana-mana lelaki yang punya keinginan untuk tambah ‘cawangan’ atau berkahwin lebih dari seorang.
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 38, secara jujur mendedahkan rahsia bagaimana untuk menjaga hati semua isteri-isteri yang dinikahinya.
“Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu.
“Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri,” kata Datuk Red.
Meskipun kisah perkahwinannya dengan Adira yang juga isteri mudanya dikritik teruk, lelaki ini mengambil pendirian untuk memilih tenang-tenang sahaja.
Malah dia tidak pernah sekalipun melarikan diri daripada pihak media yang berhasrat untuk mengetahui kejujuran dari bibirnya sendiri.
Sebelum Adira, Datuk Red mempunyai isteri lain iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah.
ARTIKEL MENARIK:- Anda Pasti TAK PERCAYA! Inilah Gambar Rosmah Dan PM Najib Ketika Zaman Muda PASTI MENGEJUTKAN RAMAI
Ternyata perkahwinan adalah anugerah terindah buat dia, namun saat ini jelasnya tidaklah terfikir untuk berkahwin lagi.
Pernah berkahwin sebanyak tiga kali di mana perkahwinan pertama pada usia 20 tahun (bercerai), pengalaman hidup banyak mengajar dirinya.
Kisah Datuk Red mengegarkan industri hiburan kelmarin apabila beliau secara berani mendedahkan tidak punya masalah untuk berkahwin kali ketiga.
Isu kahwin tiga ini muncul apabila dia dilihat berdua-dua dengan pelakon Ruhainies di khalayak ramai dan video itu tersebar dengan meluasnya di media utama. Bagaimanapun Respon 'SLUMBER' Dato Red (Suami Adira) Jawab Isu Peluk Ruhainies... Woww TAK SANGKA Sampai Macam Tu Sekali!!!
No comments: