Setelah 15 Tahun Berlalu, Inilah PERUBAHAN Terkini Permaisuri SITI AISHAH Yang Ramai Tidak Tahu!!!
Setelah 15 tahun berlalu, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa ‘menyamar’ di kalangan rakyat jelata. Walaupun pernah bergelar Raja Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman suatu ketika dulu, kini beliau selesa dengan kehidupan sekarang.
Lapor Bernama, wanita itu kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita ‘single’ yang berdikari, jauh daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana.
Permaisuri Siti Aishah, 45 tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei yang lalu.
“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi ‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.
Terdahulu, Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.
ARTIKEL MENARIK:- WOW!! Inilah Gambar Normala Samsudin Di Usia 51 Tahun Bersama Anak Gadisnya Yang COMEL Buat Ramai CEMBURU!!!
Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama yang membawa imej bertudung.
Mengimbas kembali kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khusunya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritkan biasanya beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.
Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadhan dengan solat terawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu cara untuk berjumpa dan bermesra dengan rakyat.
“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.
“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,” katanya.
“Yang paling saya rindu adalah sikap baginda yang suka menyakat orang,” tambahnya lagi.
No comments: