Pelajar Malaysia Cedera Dalam Serangan Di Nice Lepasi Tahap Kritikal
SINGAPURA: Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang cedera dalam serangan di Nice baru-baru ini dilapor tidak menunjukkan tanda-tanda pendarahan dalaman atau kerosakan neurologi serta melepasi tahap kritikal.
Memetik SUTD, portal berita Channel NewsAsia melaporkan pada para doktor sedang mengkaji hasil ujian perubatan Esmond Chuah, pelajar tahun tiga universiti itu.
Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.
Laporan tersebut menyebut beliau akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital membenarkannya untuk melakukan perjalanan.
Seramai 12 pelajar SUTD berada di bandar raya percutian Perancis itu bagi menyertai program musim panas.
SUTD telah menghantar pegawai kanan ke Nice bagi membantu Chuah dan 11 pelajar lain pada Selasa, sebagai tambahan kepada pasukan kecemasan insurans, katanya.
ARTIKEL MENARIK:- Astaghfirullahala'zim!!! Mayat Lelaki Ini Ditanam Dalam Tong, Apa Yang Jadi Selepas Berbulan Lamanya Buat Ramai Terkejut
Pada 15 Julai, bapa Chuah, Chuah Tze Leng memuat naik dalam laman Facebooknya bahawa anaknya dapat menghubungi pada petang berkenaan.
"Dia ok tetapi berada di hospital akibat retak pada belakangnya. Dia dilanggar oleh tepi trak berwarna putih yang membawa senjata api dan bom tangan serta bernasib baik (bom) tidak meletup.
"CT skan hospital turut menunjukkan trauma pada paru-paru dan perutnya," kata Tze Leng.
Lebih daripada 80 orang dilapor terbunuh serta beberapa lagi cedera apabila sebuah trak merempuh kumpulan orang ramai semasa perayaan Hari Bastille di Nice, selatan Perancis pada 14 Julai.
Sumber Mstar Online
No comments: