Viral Video Datuk Red 'Dating' Dengan Ruhainies, Ini SINDIRAN PANAS Datin Red Buat Adira!
Berkahwin selama 10 tahun bersama Datuk Red membuatkan isteri pertamanya Datin Red telah masak dengan perangai suaminya itu. Jika dahulu perkahwinannya dengan penyanyi Adira AF secara senyap-senyap di Tahiland dihentam teruk, kini hangat pula diperkatakan tentang satu video mesra suaminya bersama pelakon Ruhainies. Malah Respon 'SLUMBER' Dato Red (Suami Adira) Jawab Isu Peluk Ruhainies... Woww TAK SANGKA Sampai Macam Tu Sekali!!! mungkin membuatkan Datin Red lali dengan situasi itu.
“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja yang menyelesaikannya, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya pula perlu pening kepala fikirkan masalah dia. Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, tetapi apa yang pasti hubungan saya dengan dia tetap bahagia. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab sudah masak benar dengan perangainya”
“Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini. Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,” katanya.
Berkongsi mengenai perkahwinannya dengan Datuk Red, menurut Datin Red dia telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya itu pada usia yang agak muda ketika berumur 19 tahun. Kehidupannya ketika itu sangat bahagia. Mungkin disebabkan kehadiran anak-anak. Datin Red mula mengenali Datuk Red sebagai pemandu sayur lori, selepas itu perniagaannya mula berjaya dan semakin baik sejak tiga tahun lalu.
Hati wanita mana yang tidak hancur apabila diri dimadukan begitu juga bagi Datin Red yang merasakan hal yang sama apabila melihat suaminya itu berkahwin dengan Adira. Namun apa yang menguatkan lagi dirinya adalah anak-anak di sekeliling yang membuatkan beliau untuk terus hidup dan menerima kententuan takdir.
No comments: