Header Ads

Kecoh Gambar Nikah Tersebar, Wanita Didakwa Isteri Kedua Adi Putra Akhirnya Tampil 'Buka Mulut'

Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Adi Putra enggan mengulas mengenai dakwaan mereka sudah bernikah.

Laporan daripada Harian Metro mendakwa, wanita berusia 33 tahun belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.
"Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," katanya.
Berita pernikahan itu mula menjadi viral apabila gambar pernikahan mereka dikongsi beberapa pihak menerusi aplikasi WhatsApp, sejak malam tadi.


ARTIKEL MENARIK:- Tersebar Gambar Adi Putra Nikah Lagi, Ini Respon Isteri Beliau Di Luar Jangkaan!

Difahamkan, ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly itu juga adalah rakan kongsi perniagaan Adi.

Sementara itu, untuk mendapatkan pengesahan daripada Adi Putra gagal apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.

Sumber Astro Gempak

No comments:

Powered by Blogger.